POLIKLINIK KOMUNITI CHINI 

     muka utama   INFO KLINIK  INFO KESIHATAN  INFO PELANGGAN  INFO STUDENT

INFO KLINIK

PENGENALAN

misi  visi  organisasi  unit-unit  kakitangan  waktu operasi  aktiviti  lain-lain

 

Poliklinik Komuniti Chini telah mula beroperasi pada tahun  1984 .Bermula dengan kemudahan yang terbatas pada tahun tersebut klinik ini dibuat penambah baikan sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang ia mempunyai pusat bersalin dan klinik pergigian sendiri.

Pada mulanya klinik ini di beri nama Klinik Kesihatan Chini.Kemudian ia diubah kepada Poliklinik Masyarakat Chini dan akhir sekali diberi nama Poliklinik Komuniti Chini sehingga sekarang.

Terdapat enam Klinik Desa di bawah naungan klinik ini iaitu Klinik Desa Chini 2,Klinik Desa Chini 3,Klinik Desa Chini Timur,Klinik Desa Mambang,Klinik Desa Salong dan Klinik Desa Runchang.

Sebenarnya Poliklinik Komuniti Chini sendiri adalah di bawah naungan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan yang diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah(Dr Hj Mohd Masran).

Klinik ini diterajui oleh seorang Pegawai Perubatan dan Kesihatan yang menjaga klinik iaitu Dr Syamsul Rizal bin Abu Yamin.

Terdapat tiga unit utama yang terdapat di klinik ini iaitu Jabatan Pesakit Luar,Klinik Ibu dan Kanak-kanak dan Klinik Pergigian.

Jabatan Pesakit Luar(JPL) diketuai oleh seorang Pembantu Perubatan U29 yang mana bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan dan Kesihatan dalam menjaga kakitangan JPL dan menyediakan perkhidmatan kecemasan dan pesakit luar.

klinik ibu dan anak(kkia) pula diketuai oleh seorang ketua jururawat u32(sister) yang juga bertanggungjawab kepada pegawai perubatan dan kesihatan di dalam menjaga kakitangan kkia dan klinik desa di bawah naungan poliklinik komuniti chini.

manakala klinik pergigian pula diketuai oleh seorang pegawai pergigian yang bertanggungjawab menjaga klinik pergigian dan kakitangan pergigian.

 Dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang cekap dan efisyen kami masih memerlukan penambahan kakitangan seperti pembantu perubatan dan pegawai perubatan serta penambahan peralatan perubatan.ini memandangkan jarak antara poliklinik ini ke hospital pekan dan hospital kuantan agak jauh, iaitu masing - masing 79 km(ke hospital pekan) dan 89 km(ke hospital kuantan).

 

muka utama   INFO KLINIK  INFO KESIHATAN  INFO PELANGGAN  INFO STUDENT