POLIKLINIK KOMUNITI CHINI
muka utama INFO KLINIK INFO KESIHATAN INFO PELANGGAN INFO STUDENT
INFO KESIHATAN
TAHUKAH ANDA APA ITU AIDS ? APA ITU HIV ? BAGAIMANA IA MEREBAK ? BAGAIMANA CARA MENCEGAHNYA ? ADAKAH IA MEREBAK MELALUI GIGITAN NYAMUK ?
MARI KITA KUPAS SATU PERSATU PERSOALAN DI ATAS.
AIDS(Acquired Immunodeficiency Syndrome or Acquired Immune Deficiency Syndrome) atau dalam bahasa melayu dipanggil Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit adalah sejenis keadaan/sindrom yang disebabkan oleh kuman HIV(Human Immunodeficiency Virus).
Ia disebarkan melalui hubungan seks berbilang pasangan , perkongsian jarum suntikan , pemindahan organ atau darah dan dari ibu kepada anak.
HIV tidak tersebar melaui makanan , bersalam , bercium atau berkongsi tandas.
HIV juga tidak dapat disebarkan melalui gigitan nyamuk.Ini kerana muncung nyamuk adalah terlalu kecil untuk kuman HIV masuk melaluinya.
Kuman HIV boleh dicegah melalui cara mengelak hubungan seks rambang , memakai kondom apabila melakukan seks dengan pasangan yang disyaki dijangkiti HIV , tidak melanggan pelacur dan tidak berkongsi jarum suntikan.
Untuk makluman anda klinik kami menyediakan ujian HIV tanpa nama untuk mereka yang ingin mengetahui status HIV terutama bagi mereka yang mempunyai risiko atau pernah terlibat dengan seks berbilang pasangan atau pernah berkongsi jarum suntikan.Ujian ini dilakukan secara percuma.Kami tidak akan mendedahkan nama anda dan hanya sedikit butiran peribadi diambil(kecuali nama) untuk stastik.
Segeralah berkunjung ke klinik kami atau ke klinik berdekatan untuk ujian HIV jika anda ragu - ragu tentang status HIV anda.
muka utama INFO KLINIK INFO KESIHATAN INFO PELANGGAN INFO STUDENT